27 July 2011

Arwah Suhardi - Mati Hidup Kembali

1. Bila terbaca pasal mamat ini kat website pro pembangkang pada mulanya aku jadi kesian sangat sebab menjadi korban angkara percaturan politik pemimpin atasan. Siap sedekah al-fatihah untuk dia.


2. Namun selepas berita penipuannya dibingkar pula oleh website pro kerajaan, aku bertukar jadi menyampah dengan perangai dan kelakuan mangkuk sekor ini.


3. Apa kejadah la perbuatan dia ini? Apakah rasional kelakuan sebegini dilakukan? Adakah hanya untuk memprovokasi rakyat untuk bangkit kononnya untuk membantah kezaliman pihak polis.


4. Zalim sangat ke polis Malaysia ini? Aku tengok layanan yang diberikan polis kepada perusuh dah kira terlebih baik sampaikan makan pun ber"buffet" lagi tu. Padahal sepatutnya mereka-mereka ini sepatutnya dilayan lebih 'wajar' seperti pesalah jenayah lain kerana cuba merusuh dan membahayakan keselamatan negara.


5. Namun puak-puak yang suka mengambil kesempatan ini dilihat semakin berani menunjukkan kebodohan mereka dengan menaburkan fitnah yang lebih zalim demi cita-cita politik mereka.


6. Suhardi ini didapati menerusi video yang diupload oleh blogger telah menunjukkan beliau telah berlakon 'mati' sebanyak dua kali. Padahal yang meninggal dunia adalah orang lain, dalam isu itu tiada kaitan dengan kekejaman polis sebaliknya arwah mengalami serangan jantung.


7. Begitu juga dengan badut mat sabu yang memfitnah polis melanggarnya padahal video yang ditunjukkan oleh blogger menceritakan sebaliknya di mana mat sabu jatuh apabila terlanggar bahu jalan.


8. Budaya politik berbohong kini semakin menular di dalam barisan Kerajaan mahupun pembangkang namun pembohongan pakatan pembangkang la paling menarik perhatian di mana usaha mereka memperbodohkan rakyat telah nampaknya memberi "backfire" pada mereka sendiri.


9. Sesungguhnya aku sebagai rakyat Malaysia sememangnya memerlukan pembangkang dalam kerajaan namun biarlah pembangkang tersebut benar-benar mempunyai kualiti dan bukan seperti badut-badut yang mengikut kepimpinan pembohong ala anwar yang beriya-iya memakai kolar leher serupa ayam patah tengkok.


10. Semakin banyak pembohongan oleh pembangkang maka semakin jauh la 'rakyat' dalam erti kata lain silent voter yang masih menilai kemampuan kedua-dua barisan mentadbir negeri masing-masing.

No comments:

Post a Comment