1. Beberapa hari lepas kecoh pula pasal masalah judi mesin kuda yang semakin hangat sehingga didedahkan di dalam beberapa akhbar utama termasuklah Utusan Malaysia di muka hadapan.
2. Kalau ikut perkiraan aku, tidak kurang dari 16 buah pusat perjudian seumpama ini telah beroperasi di sekitar Melaka termasuk di kawasan-kawasan luar bandar seperti di Batang Melaka.
3. Modus operandinya menggunakan premis cyber kafe namun perisiannya pula menggunakan aplikasi perjudian online yang pastinya sedikit sebanyak mengaburi mata pihak penguasa.
4. Semalam beberapa operasi bersepadu telah dilaksanakan oleh beberapa PBT di Melaka telah menghasilkan beberapa rampasan dan sejumlah denda telah dikenakan pada tokey-tokey dan penjaga yang terlibat.
5. Sekarang tiba bahagian yang paling suka bila pihak PDRM menerusi DIGPnya, mengatakan pihak Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bukan sahaja tokey malahan pelanggan yang berjudi juga akan diambil tindakan.
6. Aku rasa tindakan ini tepat untuk menyekat aktiviti ini daripada terus berleluasa dan merosakkan anak-anak bangsa. Maklum je lah bila dah berjudi ni, macam-macam implikasi lain yang boleh berlau seperti peningkatan masalah sosial, ragut, curi dan pelbagai lagi kesan sampingan lain la.
7. Kalau boleh aku nak cadangkan juga agar peniaga-peniaga tak berguna ni (tokey kedai kuda) dikenakan hukuman yang lebih berat lagi dan bukan hanya merampas dan mendenda sahaja. Depa ni aku rasa untung berpuluh-puluh ribu setiap bulan.
8. Semoga pihak berkuasa terutamanya PBT dan Polis berjaya dalam peperangan mereka membersihkan Melaka dari anasir busuk seperti ini meskipun sedikit terlewat. Lain kali jangan sampai kecoh lagi keluar muka depan Utusan.
Bro,cube kite baca dan fahami semula.kemudian bro cube rumus dgn 100% positif..
ReplyDelete