10 September 2011

Caj Telko 6% Pulak

1. Sekarang ni heboh pulak dengan cerita pasal syarikat telko kat Malaysia ni nak kenekan caj cukai 6% kepada semua perkhidmatan topup dan starter pack prabayar telefon.

2. Cukai ni sebenarnya bukan baru, ia telah dikenakan oleh Kerajaan sejak tahun 1998 lagi namun sebelum ini cukai tersebut diserap oleh telko masing-masing.


3. Berita sebegini sudah pastinya akan memeningkan kepala rakyat biasa macam kebanyakan orang termasuklah aku yang kini menanggung serba-serbi kenaikkan harga barang.

4. Untuk pengetahuan tokey-tokey telko yang sedia kaya raya, orang pakai prepaid ni adalah kebanyakannya terdiri daripada golongan yang mempunyai pendapatan rendah dan tidak mampu menanggung komitmen bulanan untuk servis pascabayar.

5. Tindakan tokey-tokey mengalihkan caj tersebut kepada pengguna dilihatkan akan membebankan pengguna dan menambahkan keuntungan tokey-tokey.

6. Pak menteri Rais harap dapat campur tangan lah untuk membantutkan hasrat telko ni atau sekurang-kurangnya menangguhkan ke masa-masa yang lebih sesuai.

7. Rakyat dah cukup tertekan dengan perbagai kenaikkan dan jika Kerajaan tidak campur tangan, ada kemungkinan rakyat berpaling arah pada Pru akan datang.

8. Atau nanti bila rakyat sudah mula menunjukkan kemarahan, baru pak menteri dan Kerajaan sibuk pulak nak buat prepaid 1 Malaysia pulak.

Tolong la ambil perhatian akan hal ini.

No comments:

Post a Comment