1. DS Najib semenjak dua menjak ini semakin cool disebabkan oleh gaya dan pembawakan diri yang sering tidak disangka-sangka oleh rakyat Malaysia.
2. Jika sebelum ini beliau telah turun padang menonton perlawanan bola sepak bersama-sama ribuan anak muda di layar besar, kini beliau terus mengejutkan jutaan rakyat lagi dengan pelbagai lagi kegiatan yang jarang dilakukan oleh pembesar negara yang lain.
3. PM juga pernah meluangkan ke udara di siaran beberapa radio pilihan ramai termasuk sempat membuat prank call kepada bos sebuah stesen radio swasta tempatan.
4. Semalam beliau sekali lagi membuat 'perubahan' dengan turut serta dalam kayuhan 7 km di Pulau Pinang bersama ribuan rakyat yang lain.
5. Terakhir beliau telah mengadakan lawatan ke Perak dengan menaiki bas yang mana secara lazimnya menggunakan kereta berkonvoi.
6. Tindakan beliau ini sedikit sebanyak telah menarik golongan muda untuk mendekati beliau di mana mereka tertarik dengan gaya bersahaja PM dikala mendekati rakyat.
7. Rakyat sebenarnya sudah muak dengan kelakuan dan karenah pemimpin negara yang sering suka menayangkan kekayaan harta benda mereka termasuklah menunjukkan kereta mewah dan pelbagai harta dunia lain semasa rakyat kian dihimpit beban kenaikkan harga barang semasa.
8. Memang ada kebenarannya teguran Tun M yang mengatakan pemimpin BN harus berubah kalau mahu rakyat terus berdiri teguh dibelakang mereka.
9. Harap pemimpin-pemimpin lain terutamanya diperingkat bawahan turut mencontohi semangat dan gaya kepimpinan DS Najib termasuklah ketua-ketua cawangan Umno kat Melaka ini yang kadang-kadang lagaknya melebihi Ketua Menteri.
10. Berubahlah mengikuti Bos Besar tu, kalau korang tak berubah hancur dan sia-sia lah usaha PM untuk mentransformasikan Umno/ BN ni.
No comments:
Post a Comment