04 June 2011

Datuk Dol Said, Penghulu Naning

 


Datuk Penghulu Dol Said merupakan Ketua Pemerintahan Naning dan merupakan antara pejuang Melayu yang pernah menundukkan Angkatan Perang Inggeris dalam Perang Naning I yang berlaku pada 1931. Pada waktu itu, Inggeris merupakan kuasa dunia yang besar dan baru sahaja memenangi Perang Dunia ke I. Umum juga tahu bahawa Datuk Dol Said telah tewas kepada pada Perang Naning ke II berikutan Inggeris telah mengadakan pakatan dengan beberapa pemimpin daerah (negeri kecil) berdekatan untuk tidak membantu Naning untuk menghadapi Inggeris.

Namun apa yang menarik mengikut sumber tempatan terdapat beberapa cerita menarik mengenai Datuk Dol Said antaranya angkatan perang Naning yang dipimpin oleh Dol Said turut disertai oleh sejenis serangga serupa penyengat yang membantu melumpuhkan strategi Tentera Inggeris.

Sayid Syaban, sekutu Inggeris dan pemimpin Rembau yang belot itu telah membocorkan rahsia pertahanan Kota Taboh (ibunegeri Naning) dengan memberitahu orang Inggeris supaya menaburkan tulang anjing dan babi di sempadan masuk Naning agar segala keampuhan ilmu Dol Said tidak menjadi.

Ada pula yang mengatakan bahawa angkatan perang Naning ketika bukan berperang menggunakan keris atau tombak namun menggunakan senapang juga. Ini diakatakan berikutan orang Naning sebelum ini telah dilatih oleh Belanda untuk menjaga ladang-ladang milik Belanda di sekitar Naning.

Namun bagi orang Rembau pula, mungkin catatan yang ada di SINI mungkin sedikit sebanyak melegakan berikutan telah dicatatkan di dalam buku-buku sejarah bahawa pemimpin dari Rembau lah yang belot membantu Inggeris menjajah Naning.





Memang masih ada beberapa misteri yang masih belum terungkai di sini. Sesiapa yang mempunyai jawapannya mungkin boleh berkongsi. Bagi yang ingin melawat Makam Dol Said, makam tersebut berada tidak jauh dari Tol Alor Gajah dan amat mudah untuk dijumpai. 

No comments:

Post a Comment