03 June 2011

Keretapi Ke Melaka

Sebenarnya aku tertarik sangat pada khabaran yang mana Kerajaan Negeri Melaka dan KTMB kini sedang berusaha untuk mengadakan perkhidmatan keretapi elektrik ke dalam Bandar Melaka dari Stesen Pulau Sebang yang baru. Cadangan ini pastinya memberikan pilihan terbaru kepada orang ramai terutamanya pelancong untuk menjejakan kaki ke bumi Hang Tuah ini.

Namun disebalik perkara baik di atas, aku hendak mengulas mengenai perkara yang disembang oleh aku bersama kawan-kawan kedai kopi petang tadi mengenai jalan keretapi lama antara Pulau Sebang ke Melaka. Umum semua tahu bahawa satu masa dulu memang wujud perkhidmatan keretapi ke Bandar Melaka namun sekarang telah tiada lagi. Apa yang menariknya kawan aku ini sibuk bagitau di mana stesen keretapi dan jalannya sekali terletak. Yang tak tahan tu siap cerita bagaimana semasa dia kecil, dia nampak jalan keretapi dan stesennya di Bandar Melaka.

Lepas itu, siap tanya pada kawan-kawan termasuk aku dengan ayat bangga, "takkan korang tak ingat, lemah ingatan betul la korang ni". Yang pelik tu umur dia hampir sebaya dengan aku, namun aku memang tak ingat langsung kat mana jalan keretapi dalam bandar yang pernah aku nampak. Akibat tak puas hati, aku pun balik buat sikit kajian kat internet mengenai perkhidmatan keretapi ke Bandar Melaka.

Nah, aku dah mula meragui cerita mamat tadi. Ikut dapatan yang aku temui menunjukkan bahawa jalan keretapi dan perkhidmatannya ke Bandar Melaka telah ditamatkan ketika bila mana Pemerintah Jepun telah mengopek semua besi jalan tersebut untuk kegunaan pembinaan jalan keretapi maut Burma. Dan itu berlaku di zaman Perang Dunia Kedua. Masa itu aku yakin bukan setakat kawan aku tu belum wujud malahan mungkin orang tua dia pun masih budak-budak lagi. Itu lah, pelik dan sukar dipercayai.

Akhirnya aku tergelak sendirian dengan tanpa terniat nak membongkarkan kekencingan yang dia taburkan petang tadi pada aku dan kawan-kawan. Aku cuma nak bongkarkan dalam blog aku je, biar la dia terus menganggapkan ingatan kami ini lemah. Hahaha...siapa yang hendak tahu tentang sejarah perkhidmatan keretapi di Bandar Melaka, cuba rujuk SINI. Jangan biarkan anda terus diselubungi misteri dan ditipu.

No comments:

Post a Comment