29 May 2011
Double Trouble Melaka
Malam semalam aku sempat berkunjung ke Konsert Double Trouble Melaka yang di Stadium Hang Jebat. Sebelum ini aku dah tengok juga konsert yang sama kat Kiara dan JB tapi demi semangat nak layan gak konsert yang terakhir ini, aku teruskan. Paling best kali ni aku dapat tiket RM 300. Wow..
Teruja juga bila dapat duduk bawah stage sambil layan otai rockers live. Sebelum ini hanya dapat tiket RM 70 je, so kena duduk jauh nun kat belakang. Apabila konsert dah nak start, yang tidak bestnya ruangan untuk penonton RM 300 tu masih kosong. Aiseyman, ini yang potong ini. Adalah dalam 12 orang jer yang penuhkan ruangan tu. Aku tak penah lak selama ini tengok konsert dengan ruangan yang longgar macam tu. Kat bahagian RM 70 tu jangan cakap lah pack dia, dengan rockers Melaka, JB, N9, KL, Sabah, Indon pun ada, macam tu baru happenning.
Tapi semangat punya pasal layan kan juga. First yang keluar Search dulu. Layan betul Amy punya suara tetap power macam dulu-dulu juga. Selepas sejam setengah, Wings pula masuk menghiburkan. Dan yang menarik Wings main sekali dengan otai gitar, Hillary untuk sepanjang konsert. Aku memang balik puas hati dengan konsert tu macam biasa, macam konsert-konsert mereka sebelum ini. Takkan nak lepaskan peluang layan konsert otai-otai ini kat Negeri Melaka lak tu. Chiow..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment