Menjelang saja bulan Jun setiap tahun, Melaka akan mengadakan Pesta Sungai Melaka yang berlangsung selama sebulan melibatkan penganjuran pelbagai program bagi menarik kedatangan pelancong ke Melaka. Untuk Tahun 2011 pula, pihak penganjur nampaknya telah menyediakan sebanyak 52 program termasuklah yang bercorak rekreasi, sukan air, pameran dan ilmiah bagi memeriahkannya.
Sasaran pelancong yang diharap dapat ditarik datang ke Melaka merangkumi pelancong antarabangsa dan domestik. Nampaknya banyak juga lah peluang untuk orang Melaka yang ingin menambah pendapatan dengan berniaga perbagai barangan dari cenderamata hingga ke makanan disepanjang pesta ini berlangsung.
Penganjur juga telah menyediakan laman web rasmi untuk pengunjung melihat sendiri tentatif program yang telah dirancangkan sepanjang program berlangsung. Namun, idea meletakkan gambar 'eye on Malaysia' aku rasakan kurang sesuai berikutan benda alah tu telah lama tiada dari tapak asalnya. Yang ada pun kini satu roda lain yang jauh lebih kecil yang digelar oleh orang Melaka sendiri sebagai 'eye on Melaka' yang terletak di tapak stesen bas lama.
Apa-apa pun Pesta Sungai Negeri Melaka pastinya menjanjikan sesuatu yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga atau rakan. Ingat Jun, Ingat Pesta Sungai Melaka. Mari kita meriahkan. Untuk maklumat lanjut, Klik sini Pesta Sungai Melaka.
No comments:
Post a Comment