1. Kerajaan Melaka baru umumkan lima kawasan telah digazetkan sebagai kawasan larangan menghisap asap rokok.
2. Kawasan tersebut termasuklah Bandar Melaka, Bandar Warisan Unesco, MITC, Bandar Alor Gajah dan Bandar Jasin.
3. Rakyat pula memberikan reaksi bercampur baur, ada yang menyokong dan ada yang membantah seperti hari-hari yang dicatatkan di ruangan sms akhbar harian di Malaysia.
4. Bagi yang menyokong, ini adalah satu tindakan yang terbaik bagi mengurangkan pencemaran dan mengelakkan kesan buruk asap kepada pengisap sekunder.
5. Jika sebelum ini juga, Melaka turut telah melaksanakan kawasan larangan merokok di beberapa kawasan lain seperti di Melaka Raya. Namun larangan tersebut hanya menjurus larangan di dalam premis sahaja.
6. Umum ketahui, Melaka Raya selain menjadi pusat peniagaan ia juga menempatkan beberapa pusat hiburan yang aktif di waktu malam. Namun bagaimana pula pelancong dan pengunjung pusat hiburan tidak dibenarkan merokok di dalam premis hiburan. Pasti tidak cukup rehat penguatkuasa menjalankan tugas mereka di dalam pusat-pusat hiburan tersebut.
7. Ada pula yang kata Kerajaan Melaka sengaja menggubal undang-undang kecil kontroversi ini berikutan telah untuk menjadikan hasil saman sebagai pendapatan tambahan negeri. Namun yang sebenarnya masuk bukan negeri tetapi kerajaan pusat menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia. Jelas ini pandangan ini mungkin ada kekhilafannya.
8. Yang nyatanya golongan perokok juga adalah pembayar cukai yang paling aktif kepada kerajaan. Mereka juga merupakan golongan pengundi yang besar jumlahnya.
9. Kempennya juga akan memakan belanja RM beratus-ratus ribu, satu pelaburan yang amat besat jumlah. Malahan pelaburan ini telah dilaksanakan sejak bertahun-tahun lalu namun masih kelihatan belum mencapai hasil sepatutnya.
10. Penguatkuasaan di kesemua kawasan tersebut bukan mudah untuk dilaksanakan, mungkin memerlukan berpuluh-puluh tenaga pekerja dan beratus-ratus jam untuk dilaksanakan.
11. Akan tetapi jangan sampai perkara ini menjadi seperti hangat-hangat tahi ayam. Kerana kekurangan penguatkuasa dan kekangan-kekangan lain menyebab ia dilupakan. Itu namanya menginjak dan hormati undang-undang.
No comments:
Post a Comment