Di bawah ini antara gambar - gambar bantahan anti bersih di Pulau Pinang. Nampaknya rakyat biasa sudah membuat pilihannya untuk tidak menyambut perhimpunan haram bersih yang akan menimbulkan huru-hara dalam negara.
1. Peristiwa mencatatkan bilangan penyertaan sebanyak 3000 orang sahaja namun ia sudah cukup untuk meletakkan keadaan menjadi teruk antaranya menyebabkan kesesakan jalan raya di Jambatan Pualau Pinang. Jadi bayangkan kalau perhimpunan haram bersih diadakan di jalanan KL melibatkan berpuluh-puluh ribu orang, pasti keadaannya menjadi lebih teruk!!!
2. Peristiwa ini juga menyebabkan banyak kedai-kedai milik peniaga berhampiran terpaksa ditutup sepanjang demo ini berlangsung kerana masing-masing bimbangkan keselamatan mereka meskipun demo ini berlaku dengan aman. Jadi bagaimana pulak dakwaan PR di mana peniaga-peniaga KL boleh mendapat keuntungan sekiranya demo haram bersih ini dilakukan..???
3. KM Penang, LGE terpaksa memanggil polis untuk mengawal keadaan dan menggesa pihak polis mengenakan tahanan tanpa dibenarkan ikat jamin kepada pelaku demo ini. Jadi macamana pulak dengan hak berhimpun dan kebebasan bersuara mengikut perlembagaan yang sibuk dia perjuangkan untuk perhimpunana haram bersih. Nampak sangat double standard!!!
4. PR kata ini semua angkara UMNO dan sayap pemudanya yang melaksanakan demo ini. Pemimpin Umno kata bukan depa punya angkara, sebab kalau Umno terlibat mesti jumlah yang demo ini akan lebih ramai kerana jumlah ahli Umno saja di Penang dan mencecah 150,000 orang.
Lu pikir la sendiri...
No comments:
Post a Comment