03 July 2011

ISA - Kami Sokong..

1. Bila tengok kejadian dan provokasi yang makin melampau-lampau sesetengah puak ni, kita yang rakyat biasa pun leh naik muak dan meyampah dengan kelakuan dan perangai depa-depa ni.

2. Yang paling teruk kena provoke sekarang adalah polis dan spr. Macam lah kalau puak-puak tu naik esok lusa jadi gomen, polis dengan spr tak payah ada.

3. Kalau sekarang ni, buat kesalahan lalu lintas kena tahan dengan polis, dah tu tak nak bagi kerjasama, lepas tu maki-maki polis, kena reman 3 hari keluar terus bgtau surat khabar polis kejam tahan reman 3 hari dia sebab tak pakai tali pinggang keledar hanya dia orang DAP macam sorang pengurus bank kat Melaka ni buat.

4. Kalau semua orang buat macam tu, apa akan jadi pada negara ini. Macamana kalau undang-undang negara pun tak leh nak hormat. Kalau depa ni form gomen, alamatnya bergembira la penjenayah-penjenayah yang langgar undang-undang sebab bila polis ambil tindakan, depa kata polis kejam.

5. Macam tu jugak dengan perhimpunan bersih yang haram ni. Polis nak bagi permit bersyarat depa tak mau, pastu cakap polis belaan BN. Aku yang bukan ahli parti mana-mana ni pun sakit hati tengok gelagat depa ni.

6. Oleh itu, aku sebagai rakyat Malaysia yang setia menyokong penuh penggunaan ISA terhadap orang-orang yang mengancam ketenteraman dan keamanan negara macam depa semua ni.

7. Cuba bayangkan kalau negara kita ni takde ISA, dah tentu depa ni makin berani membuatkan huru-hara atas nama hak kebebasan. Hak tuih laa woii!!!

8. Untuk itu, pihak polis yang selama ini berkorban menjaga keamanan negara dan orang ramai, aku sokong dan aku harap orang ramai juga faham sekiranya polis mengambil tindakan tertentu terhadap depa ni.

Hidup polis, hidup spr...hidup malaysia..!!!!

No comments:

Post a Comment