12 August 2011

Rusuhan Di England

1. Sekarang ini heboh pasal rusuhan yang berlaku dekat England yang mana kini dikatakan telah meragut 3 nyawa rakyat beketurunan Pakistan semalam.

2. Rusuhan ini bermula dengan tunjuk perasaan aman membantah kematian seorang penduduk berkulit hitam oleh kesilapan polis UK.

3. Sebagai sebuah negara yang dikatakan menyokong kuat demokrasi, Britain membenarkan perhimpunan aman itu atas alasan hak bersuara dan hak asasi rakyat.

4. Namun janji 'aman' oleh penganjur perhimpunan telah dikhianati oleh kelompok manusia-manusia yang cuba mengambil kesempatan menghuru-harakan keadaan.

5. Sehingga kini kebakaran kedai dan rompakan ke atas perniagaan masih boleh kelihatan meskipun ibukota London telah dibanjiri oleh puluhan ribu Polis atas arahan Perdana Menteri, David Cameron.

6. Berita juga mengkhabarkan bahawa rusuhan telah bergerak ke serata bandar-bandar lain di England seperti Manchester, Birmingham, Wolverhamton dan lain-lain penempatan.

7. Sekolompok manusia lain yang tidak ingin hidup dalam kekacauan dan cintakan keamanan telah keluar beramai-ramai membantu pihak polis mengawal komuniti dan kepentingan bandar masing-masing dari diancam oleh perusuh.

8. Harus turut diingatkan bahawa kini pihak UK menerusi Nato turut sedang sibuk mengebom dan menyerang kepentingan Libya atas dasar ingin memulihkan demokrasi.

9. Pandangan saya, daripada sibuk sangat menjaga negara orang lebih baik tentera UK balik untuk mengawal kekacauan dalam negara sendiri.

10. David Cameron dan pihak polis UK pasti kini sedang memikirkan apakah petua kejayaan polis Malaysia mengawal perusuh dan penunjuk perasaan seperti kejayaan menggagalkan perhimpunan haram Bersih di KL Julai lalu.

11. Polis UK dicadangkan menghantar pegawai mereka berkhursus di Bukit Aman bagi mempelajari bagaimana pelan tindakan tersebut dilaksanakan sehingga Bersih yang dikatakan mampu menarik setengah juta rakyat hanya dihadiri oleh tidak lebih 10 ribu orang sahaja.

12. Sekarang ramai yang sedar bahawa tindakan yang diambil oleh pihak polis Malaysia mencegah lebih awal merupakan tindakan yang terbaik.

13. Sekiranya ia masih berlaku di bumi bertuah ini, saya percaya maka golongan yang sama seperti England yang keluar membantu polis dan menjaga komuniti masing-masing yang lebih tepat digelar 'Rakyat Malaysia yang sebenar' akan 'keluar mengajar' golongan yang suka menimbukan kekacauan seperti puak-puak Bersih tentang erti kesyukuran hidup dalam negara aman.

No comments:

Post a Comment