1. Sekarang kecoh pasal isu Tugu 1 Malaysia yang tegak berdiri di Dataran 1 Malaysia, Melaka yang didakwa oleh Pas Melaka sebagai mempunyai ciri-ciri penyembahan dan seakan-akan berhala.
2. Oleh sebab itu, Pas mahu pihak Mufti dan pihak yang bertanggung jawab mengeluarkan fatwa untuk menjelaskan isu tersebut.
3. Sebenar tugu tersebut tidak mempunyai sebarang nilai atau isu untuk dipolitikkan namun nampaknya pihak berkenaan seolah-olah terdesak untuk mencari kelemahan pihak lawan.
4. Adakah Pas Melaka terlalu bangang untuk menganggap rakyat sebodoh itu dan mengalihkan perhatian rakyat daripada isu yang lebih penting iaitu isu gerakan murtad oleh beberapa gerakan gerakan pelampau agama lain yang didalangi oleh rakan kongsi PR mereka.
5. Setakat tugu itu tertegak di situ sejak beberapa tahun lalu, tidak pernah kelihatan mana-mana orang atau kumpulan yang memuja atau menyembah tugu tersebut. Malahan juga taik judi ekor pun pastinya tak pernah terfikir untuk meminta nombor di tugu tersebut.
6. Bila mengikuti perbuatan yqng berunsurkan penyembahan dan ketaksuban, pihak Pas dilihat lebih hebat dari aspek tersebut. Sebagai contoh, akibat taksub kepada suami yang ditabalkan sebagai anugerah tuhan oleh Wan Azizah, pimpinan Pas telah dengan sengaja mengenepi bukti video seks yang bertebaran di Internet tanpa mengambil usaha untuk mengkajinya dahulu.
7. Penyokong Pas juga yang taksub tanpa segan silu berbaring dan bergolek dihadapan kenderaan Raja Muda Perak sambil memuja Kerajaan PR yang tumbang.
8. Sepatutnya pihak Pas Melaka kini perlu menumpukan perhatian kepada isu pemurtadan di Selangor di mana seorang tokoh Pas, Dr Hassan Ali kini telah menghadapi tekanan bukan sahaja dari rakan Dap mereka, malahan juga dari pimpinan dalaman Pas sendiri. Sehingga kini Pas Melaka masih belum mengeluarkan kenyataan tentang pendirian mereka terhadap isu tersebut..mungkin sebab Dap Melaka pun dah pegang 'telor' mereka atau mereka sememangnya tidak mempunyai 'telor'.
9. Kalau berterusan Pas cuba memperbodohkan rakyat, maka semakin ramai lah rakyat yang akan meninggalkan Pas. Kelihatan Pas semakin bodoh dan penakut sejak berkawan dengan Dap.
No comments:
Post a Comment