22 August 2011

Insiatif Kerajaan BN - Sekolah Dalam Hospital

1. Disebalik isu kenaikan harga barang berikutan kenaikan harga pasaran minyak yang dialami di seluruh dunia dan menjadi isu yang sering dimainkan oleh puak-puak pembangkang yang tak mengaji habis pasal ekonomi, Kerajaan Pusat telah berjaya melaksanakan beberapa inisiatif yang terbaik untuk rakyat namun ramai yang tak tahu. 


2. Program yang hendak dihebahkan kepada korang semua adalah program Sekolah Dalam Hospital yang mana aku percaya ramai yang tak tahu termasuk golongan guru-guru yang dikatakan paling banyak menyokong pembangkang ni.



3. Program ini sebenarnya telah dilancarkan pada 26 Julai 2011 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Yassin di Institut Peadiatrik, Hospital Kuala Lumpur.


4. Objektif program ini adalah untuk memastikan tiada berlaku keciciran pembelajaran kepada anak-anak atau adik-adik kita yang menjalani rawatan kesihatan di hospital dalam tempoh yang lama.


5. Program ini akan mengadaptasikan pendekatan secara didik hibur (fun learning) dan fleksibel bergantung kepada keadaan anak yang dirawat tersebut dalam persekitaran yang kondusif, sekaligus menghilangkan rasa bosan anak tersebut akibat dirawat di hospital terlalu lama.


6. 3 buah hospital dipilih sebagai projek rintis iaitu HKL, Hospital Serdang dan Hospital Ampang dan ia akan dikembang ke semua hospital Kerajaan yang lain.


7. Lepas ni kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang sakit dan dirawat di hospital Kerajaan, jangan bimbang tentang kemungkinan anak akan tercicir pelajaran setelah program ini dilaksanakan.


8. Cuma yang aku harap agar program yang baik seperti ini dapat dikembangkan dengan seberapa segera ke hospital-hospital lain diluar Lembah Kelang termasuk negeri-negeri Pembangkang secepat mungkin untuk menunjukkan kepada rakyat betapa komited dan ber'kebajikan'nya Kerajaan BN berbanding mereka.


9. Dan aku pasti berita-berita baik sebegini tak akan dihebahkan di dalam media pro pembangkang termasuklah Harakah, Malaysia Today dan suku-sakat selain daripada berita-berita fitnah yang sensasi selaras dengan dasar 'kebebasan media' versi pembangkang.


10. Pada guru-guru pulak, ini lagi satu peluang untuk anda mendapatkan ruang berkhidmat dan menambah sunbangan anda kepada pembangunan modal insan negara. Lepas ni jangan komplen pulak inisiatif hanya menambah beban guru sahaja.


11. Untuk ramai yang tak tau pasal menda ni, boleh lapangkan masa dada membaca di Sini


Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment