25 August 2011

Lynas : Lagi Pembohongan PR..

Lagi satu kisah pembohongan PR yang cuba menipu membuat Penipuan terhadap Rakyat..namun bersyukur masih ada YB pembangkang yang masih berpegang pada prinsip dan agama tidak menggadaikan ilmu dan amanah demi secebis keuntungan politik. Tengok kat bawah ni..ambik ko fuziah..




Apalagi tunggu pihak-pihak berkaitan..ada chance saman je mulut-mulut jahat yang berniat mensabotaj ekonomi negara yang macam komunis pernah buat dulu..kasi diam terus macam Zuraidah Mak Lampir kena tu..

22 August 2011

Insiatif Kerajaan BN - Sekolah Dalam Hospital

1. Disebalik isu kenaikan harga barang berikutan kenaikan harga pasaran minyak yang dialami di seluruh dunia dan menjadi isu yang sering dimainkan oleh puak-puak pembangkang yang tak mengaji habis pasal ekonomi, Kerajaan Pusat telah berjaya melaksanakan beberapa inisiatif yang terbaik untuk rakyat namun ramai yang tak tahu. 


2. Program yang hendak dihebahkan kepada korang semua adalah program Sekolah Dalam Hospital yang mana aku percaya ramai yang tak tahu termasuk golongan guru-guru yang dikatakan paling banyak menyokong pembangkang ni.

19 August 2011

Ape Reaksi Pemimpin Pas Tentang Isu Murtad??

Reaksi Bangang Pemimpin Pas Mengenai Isu Murtad di Selangor


1. Rani Othman, Pesuruhjaya Pas Selangor - katanya Pas Selangor tidak akan berkompromi dengan golongan yang ingin memurtadkan umat Islam. Pas Selangor tidak mempertikaikan tindakan yang dilakukan oleh Jais sebaliknya mahukan penjelasan. Apa la dia buat selama ni, bende dah kecoh dekat seminggu lebih dah..dah parah dah hassan ali kene nganjing dengan puak pro kafir..baru hari ni ko nak cari penjelasan..erm..lagi satu, ko jangan harap la Jais nak mengadap ko puak Pas..kalo ko nak penjelasan..ko la ngadap Jais pasal Jais ni terus di bawah kuasa Tuanku..jangan nak jadi penderhaka ye..


2. Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat - Dia ni mempertikaikan macam mana dokumen sulit Jais tu boleh terlepas ke tangan blogger-blogger Umno. Ini maknanya memang pemimpin Pas dan Menteri Besar sendiri pun dah tahu apa yang terjadi di malam 'lawatan'Jais ke gereja  tersebut dan sekaligus dia turut mengakui kebenaran laporan yang dipaparkan di blog-blog pro Umno..patutlah Latefa Koyak gelabah sibuk nak report Polis..takut rahsia pecah rupanya..


3. Khalid Gereja - Mangkuk ni awal-awal lagi dah belasah Hassan Ali dan Jais. Khalid Gereja ni dah kelihatan seperti gila dan kemaruk mengikut kata-kata T-Kok..mungkin die telah diberi minum Holy Water atau sebenarnya dia ni memang bangang..Org SHah Alam patut tolak munafik ini pada PRU akan datang.


4. Dr. Rani kata lagi isu berkenaan tidak seharusnya melibatkan Sultan Selangor. Memang betul la kata orang, ahli politik Pas ni ramai yang bodoh tu sebab boleh diperbodohkan oleh cina2 Dap ni..mangkuk ni tak tahu ke isu agama Islam dah tentu Tuanku akan terlibat sebab ia memang diwarta di bawah bidang kuasa Baginda..dan la banggang..terkurang ajar lak tu Dr ni..


5. Nasarudin Hassan Tantawi - sibuk dengarnya nak buat bantahan pasal Syria. Ni lagi satu pemimpin yang Pas yang diharapkan membantu membela nasib Islam tapi mengecewakan bila mula beralih perhatian atau buat-buat lari dari isu murtad ini...


6. Pemimpin lain - syooohhh...kang tuan Dap dengar..xleh cakap...senyap kasi katup mulut sambil gentel telur masing-masing...

18 August 2011

Tugu 1 Malaysia

1. Sekarang kecoh pasal isu Tugu 1 Malaysia yang tegak berdiri di Dataran 1 Malaysia, Melaka yang didakwa oleh Pas Melaka sebagai mempunyai ciri-ciri penyembahan dan seakan-akan berhala.


2. Oleh sebab itu, Pas mahu pihak Mufti dan pihak yang bertanggung jawab mengeluarkan fatwa untuk menjelaskan isu tersebut.


3. Sebenar tugu tersebut tidak mempunyai sebarang nilai atau isu untuk dipolitikkan namun nampaknya pihak berkenaan seolah-olah terdesak untuk mencari kelemahan pihak lawan.


4. Adakah Pas Melaka terlalu bangang untuk menganggap rakyat sebodoh itu dan mengalihkan perhatian rakyat daripada isu yang lebih penting iaitu isu gerakan murtad oleh beberapa gerakan gerakan pelampau agama lain yang didalangi oleh rakan kongsi PR mereka.


5. Setakat tugu itu tertegak di situ sejak beberapa tahun lalu, tidak pernah kelihatan mana-mana orang atau kumpulan yang memuja atau menyembah tugu tersebut. Malahan juga taik judi ekor pun pastinya tak pernah terfikir untuk meminta nombor di tugu tersebut.


6. Bila mengikuti perbuatan yqng berunsurkan penyembahan dan ketaksuban, pihak Pas dilihat lebih hebat dari aspek tersebut. Sebagai contoh, akibat taksub kepada suami yang ditabalkan sebagai anugerah tuhan oleh Wan Azizah, pimpinan Pas telah dengan sengaja mengenepi bukti video seks yang bertebaran di Internet tanpa mengambil usaha untuk mengkajinya dahulu.


7. Penyokong Pas juga yang taksub tanpa segan silu berbaring dan bergolek dihadapan kenderaan Raja Muda Perak sambil memuja Kerajaan PR yang tumbang.


8. Sepatutnya pihak Pas Melaka kini perlu menumpukan perhatian kepada isu pemurtadan di Selangor di mana seorang tokoh Pas, Dr Hassan Ali kini telah menghadapi tekanan bukan sahaja dari rakan Dap mereka, malahan juga dari pimpinan dalaman Pas sendiri. Sehingga kini Pas Melaka masih belum mengeluarkan kenyataan tentang pendirian mereka terhadap isu tersebut..mungkin sebab Dap Melaka pun dah pegang 'telor' mereka atau mereka sememangnya tidak mempunyai 'telor'.


9. Kalau berterusan Pas cuba memperbodohkan rakyat, maka semakin ramai lah rakyat yang akan meninggalkan Pas. Kelihatan Pas semakin bodoh dan penakut sejak berkawan dengan Dap.

14 August 2011

Sokongan Terhadap Jais Dan Hassan Ali





Dekat atas ni adalah gambar-gambar yang dirakamkan ketika perhimpunan aman berpermit anjuran Perkasa yang menyokong tindakan JAIS dan YB Hassan Ali membuat pemeriksaan terhadap Gereja DUMC pada Jumaat lepas di Perkarangan Masjid Al-Azim, Melaka. Seramai lebih kurang 80 orang yang hadir menyatakan sokongan padu terhadap kedua-duanya sambil mengecam tindakan Kerajaan Negeri Selangor mencampuri urusan Agama Islam yang sepatutnya dilaksanakan di kuasa Tuanku.


Bantahan seperti ini juga telah dilakukan di Shah Alam di mana YB Zul Kulim antara yang bersama-sama rakyat Selangor membantah tindakan keji dan penakut MB Selangor meminta maaf tanpa menunggu laporan dari Jais. 

12 August 2011

Rusuhan Di England

1. Sekarang ini heboh pasal rusuhan yang berlaku dekat England yang mana kini dikatakan telah meragut 3 nyawa rakyat beketurunan Pakistan semalam.

2. Rusuhan ini bermula dengan tunjuk perasaan aman membantah kematian seorang penduduk berkulit hitam oleh kesilapan polis UK.

3. Sebagai sebuah negara yang dikatakan menyokong kuat demokrasi, Britain membenarkan perhimpunan aman itu atas alasan hak bersuara dan hak asasi rakyat.

4. Namun janji 'aman' oleh penganjur perhimpunan telah dikhianati oleh kelompok manusia-manusia yang cuba mengambil kesempatan menghuru-harakan keadaan.

5. Sehingga kini kebakaran kedai dan rompakan ke atas perniagaan masih boleh kelihatan meskipun ibukota London telah dibanjiri oleh puluhan ribu Polis atas arahan Perdana Menteri, David Cameron.

6. Berita juga mengkhabarkan bahawa rusuhan telah bergerak ke serata bandar-bandar lain di England seperti Manchester, Birmingham, Wolverhamton dan lain-lain penempatan.

7. Sekolompok manusia lain yang tidak ingin hidup dalam kekacauan dan cintakan keamanan telah keluar beramai-ramai membantu pihak polis mengawal komuniti dan kepentingan bandar masing-masing dari diancam oleh perusuh.

8. Harus turut diingatkan bahawa kini pihak UK menerusi Nato turut sedang sibuk mengebom dan menyerang kepentingan Libya atas dasar ingin memulihkan demokrasi.

9. Pandangan saya, daripada sibuk sangat menjaga negara orang lebih baik tentera UK balik untuk mengawal kekacauan dalam negara sendiri.

10. David Cameron dan pihak polis UK pasti kini sedang memikirkan apakah petua kejayaan polis Malaysia mengawal perusuh dan penunjuk perasaan seperti kejayaan menggagalkan perhimpunan haram Bersih di KL Julai lalu.

11. Polis UK dicadangkan menghantar pegawai mereka berkhursus di Bukit Aman bagi mempelajari bagaimana pelan tindakan tersebut dilaksanakan sehingga Bersih yang dikatakan mampu menarik setengah juta rakyat hanya dihadiri oleh tidak lebih 10 ribu orang sahaja.

12. Sekarang ramai yang sedar bahawa tindakan yang diambil oleh pihak polis Malaysia mencegah lebih awal merupakan tindakan yang terbaik.

13. Sekiranya ia masih berlaku di bumi bertuah ini, saya percaya maka golongan yang sama seperti England yang keluar membantu polis dan menjaga komuniti masing-masing yang lebih tepat digelar 'Rakyat Malaysia yang sebenar' akan 'keluar mengajar' golongan yang suka menimbukan kekacauan seperti puak-puak Bersih tentang erti kesyukuran hidup dalam negara aman.