29 September 2011

Lim Guan Eng Pulak Lupa

LGE kata die lupa dalam ucapan dia pernah menyentuh beberapa perkara yang menghina Negeri Johor.


1. Pada aku dia ni memang seorang yang bodoh bila fikirkan apa yang dia cakap dalam majlis tertutup tidak akan diketahui atau direkodkan oleh pihak-pihak tertentu. Wei bahalol!! bukan semua orang suka sama lu la. Ntah orang dalam dia jugak yang rekodkan tu untuk kasi dia ni jahanam.


2. Kalau nak cerita pasal keselamatan, bukan Kerajaan Dap yang berjaya buat Penang tu selamat la woi. Yang jadikan macam mana tu adalah keberkesanan dan kecekapan pihak PDRM yang bertungkus lumus menjaga keamanan. Itu la pasukan PDRM yang selama ini dikutuk dan dihina oleh pimpinan PR ketika Bershit hari tu.

28 September 2011

Penjaring Gol Penalti Kontroversi Terbunuh


Pemain Kebangsaan UAE yang menjadi terkenal dalam youtube gara-gara membuat sepakan penalti menggunakan tumit telah meninggal dunia Ahad lalu disebabkan terlibat dalam nahas jalan raya. 

Pemain tersebut, Theyab Awana, 21, telah bermain buat UAE ketika seri menentang Australia Rabu lalu dalam kelayakkan ke Olimpik dan ia merupakan satu kehilangan besar buat bola sepak UAE menurut Presiden Persatuan Bolasepak UAE.

27 September 2011

Video Suara Rakyat

Judi Mesin Kuda

1. Beberapa hari lepas kecoh pula pasal masalah judi mesin kuda yang semakin hangat sehingga didedahkan di dalam beberapa akhbar utama termasuklah Utusan Malaysia di muka hadapan.


2. Kalau ikut perkiraan aku, tidak kurang dari 16 buah pusat perjudian seumpama ini telah beroperasi di sekitar Melaka termasuk di kawasan-kawasan luar bandar seperti di Batang Melaka.

26 September 2011

Orang Lain Punya Hal, Orang Lain Dipersalahkan

1. Ni ape kes lak si orang kuat PKR nak salahkan orang lain bila DAP dengan PAS bercakaran pasal isu hudud. Betul aku tak paham dengan mamat ni yang dok salahkan Umno, BN, Utusan dan TV3 pasal cerita ni.


2. Yang membangkitkan isu hudud ni adalah Nik Aziz. Yang tak setuju si Karpal Singh dengan LGE. Yang kena tuduh buruk orang lain pulak. Pergh..makin meluat pulak aku tengok benda-benda macam ni berlaku.

Lagi Pasal Video Porno - Kastam Pulak

1. Tak habis lagi pasal video yang diketengahkan oleh trio Datuk T, sekarang heboh pulak pasal video yang katanya di'lakonkan' oleh seorang pegawai kastam pulak.


2. Kali ini video berkaler menunjukkan aksi permainan ranjang pegawai tersebut bersama pasangannya, tak agak-agak seleranya. Pompuan Rusia tu beb.

PM Ku Cool

1. DS Najib semenjak dua menjak ini semakin cool disebabkan oleh gaya dan pembawakan diri yang sering tidak disangka-sangka oleh rakyat Malaysia.


2. Jika sebelum ini beliau telah turun padang menonton perlawanan bola sepak bersama-sama ribuan anak muda di layar besar, kini beliau terus mengejutkan jutaan rakyat lagi dengan pelbagai lagi kegiatan yang jarang dilakukan oleh pembesar negara yang lain.



15 September 2011

Siapakah Bekas Menteri Besar Itu?

1. Mat Sabu dalam ceramahnya sebentar tadi ada menyatakan sesuatu yang menarik. Terdapat dua bekas menteri besar BN yang tentunya datang dari Umno ada berhubungan dengannya dan menyatakan sokongan terhadap isu Mat Indera yang menyebabkan Mat Sabu dihentam atas bawah seluruh negara.


2. bekas Menteri besar yang yang pertama merupakan bekas seorang guru (nama dan negeri tidak disebut dalam ceramah) telah mengajak Mat Sabu bertemu dan minum teh (tempat juga tidak disebut). Dalam pertemuan itu, bekas menteri besar tersebut telah menyatakan sokongan dan mengiyakan kenyataan Mat Sabu tersebut atas dasar dia bekas seorang guru (mungkin mengajar sejarah la kot) yang berasakan subjek sejarah di sekolah perlu diperbetulkan dengan mengiktiraf Mat Indera dan pemimpin seumpamanya sebagai pejuang kemerdekaan.



KJ Bakal Pemimpin Masa Hadapan PAS??



1. Jangan terperanjat pula bila Ketua Pemuda Umno Malaysia, KJ dikatakan sebagai pemimpin masa hadapan Pas. Ini bukan CTP yang cakap tapi Mat Sabu yang cakap dalam ceramah dia di Permatang Pasir, Melaka malam tadi.


2. Tambah Mat Sabu lagi, KJ seorang yang baik dan tidak mengutuk beliau. Bila membicarakan pelawaan KJ untuk berdebat, Mat Sabu lantas menambah apa gunanya berdebat dengan 'adinda' saya Khairy, lebih baik berdebat dengan TPM.

12 September 2011

Caj 6% Telco Tangguh

1. Petang tadi pecah berita bahawa Kerajaan berjaya memujuk telco-telco untuk menangguhkan pengenaan caj 6% terhadap pengguna prepaid.


2. Berita tiba setelah Yab PM sendiri terpaksa memujuk syarikat berkenaan berbuat demikian berikutan permintaan dan suara rakyat ramai membantah tindakan tersebut.

10 September 2011

Caj Telko 6% Pulak

1. Sekarang ni heboh pulak dengan cerita pasal syarikat telko kat Malaysia ni nak kenekan caj cukai 6% kepada semua perkhidmatan topup dan starter pack prabayar telefon.

2. Cukai ni sebenarnya bukan baru, ia telah dikenakan oleh Kerajaan sejak tahun 1998 lagi namun sebelum ini cukai tersebut diserap oleh telko masing-masing.