10 June 2011

Melaka Bebas Asap Rokok

1. Kerajaan Melaka baru umumkan lima kawasan telah digazetkan sebagai kawasan larangan menghisap asap rokok.

2. Kawasan tersebut termasuklah Bandar Melaka, Bandar Warisan Unesco, MITC, Bandar Alor Gajah dan Bandar Jasin.

3. Rakyat pula memberikan reaksi bercampur baur, ada yang menyokong dan ada yang membantah seperti hari-hari yang dicatatkan di ruangan sms akhbar harian di Malaysia.

4. Bagi yang menyokong, ini adalah satu tindakan yang terbaik bagi mengurangkan pencemaran dan mengelakkan kesan buruk asap kepada pengisap sekunder.

5. Jika sebelum ini juga, Melaka turut telah melaksanakan kawasan larangan merokok di beberapa kawasan lain seperti di Melaka Raya. Namun larangan tersebut hanya menjurus larangan di dalam premis sahaja.

6. Umum ketahui, Melaka Raya selain menjadi pusat peniagaan ia juga menempatkan beberapa pusat hiburan yang aktif di waktu malam. Namun bagaimana pula pelancong dan pengunjung pusat hiburan tidak dibenarkan merokok di dalam premis hiburan. Pasti tidak cukup rehat penguatkuasa menjalankan tugas mereka di dalam pusat-pusat hiburan tersebut.

7. Ada pula yang kata Kerajaan Melaka sengaja menggubal undang-undang kecil kontroversi ini berikutan telah untuk menjadikan hasil saman sebagai pendapatan tambahan negeri. Namun yang sebenarnya masuk bukan negeri tetapi kerajaan pusat menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia. Jelas ini pandangan ini mungkin ada kekhilafannya.

8. Yang nyatanya golongan perokok juga adalah pembayar cukai yang paling aktif kepada kerajaan. Mereka juga merupakan golongan pengundi yang besar jumlahnya.

9. Kempennya juga akan memakan belanja RM beratus-ratus ribu, satu pelaburan yang amat besat jumlah. Malahan pelaburan ini telah dilaksanakan sejak bertahun-tahun lalu namun masih kelihatan belum mencapai hasil sepatutnya.

10. Penguatkuasaan di kesemua kawasan tersebut bukan mudah untuk dilaksanakan, mungkin memerlukan berpuluh-puluh tenaga pekerja dan beratus-ratus jam untuk dilaksanakan.

11. Akan tetapi jangan sampai perkara ini menjadi seperti hangat-hangat tahi ayam. Kerana kekurangan penguatkuasa dan kekangan-kekangan lain menyebab ia dilupakan. Itu namanya menginjak dan hormati undang-undang.

08 June 2011

Satu Naik, Semua Naik

1. Baru-baru ini kita telah menerima berita kenaikan harga tarif elektrik, ini kenaikan kedua selepas kenaikan tarif air bagi penduduk Negeri Melaka.

2. Ironinya, setiap kali kenaikan tarif perkhidmatan tersebut maka harga barangan lain akan turut naik.

3. Sekarang harga segelas teh tarik dan sebuku roti juga kalau anda perasan telah naik, dan yang membayarnya adalah pengguna.

4. Golongan peniaga kebiasaannya akan meresap kenaikan harga bahan mentah atau perkhidmatan dengan mengenakan tambahan harga kepada pengguna.

5. Dalam kebanyakan kes, ramainya yang menanggung kesan kenaikan harga barang adalah pengguna itu sendiri dan peniaga kurang terjejas.

6. Makin lama makin banyak barang naik tetapi pendapatan tetap demikian juga tanpa ada kenaikan.

7. Lebih malang bila gaji naik sekaligus (sektor Kerajaan), harga barang akan turut naik.

8. Ada peniaga yang suka mengambil kesempatan dalam isu ini mengenakan bayaran tambahan yang tidak munasabah.


9. Ada juga yang tidak menaikkan harga namun mengurangkan nilai barangan, contoh dulu RM 0.60 dapat roti canai yang tebal tetapi sekarang anda akan dapat nipis hingga telus cahaya.


10. Harap pihak berwajib dapat membantu rakyat macamanapun cara mengatasi masalah peniaga sebegini.

 

04 June 2011

Datuk Dol Said, Penghulu Naning

 


Datuk Penghulu Dol Said merupakan Ketua Pemerintahan Naning dan merupakan antara pejuang Melayu yang pernah menundukkan Angkatan Perang Inggeris dalam Perang Naning I yang berlaku pada 1931. Pada waktu itu, Inggeris merupakan kuasa dunia yang besar dan baru sahaja memenangi Perang Dunia ke I. Umum juga tahu bahawa Datuk Dol Said telah tewas kepada pada Perang Naning ke II berikutan Inggeris telah mengadakan pakatan dengan beberapa pemimpin daerah (negeri kecil) berdekatan untuk tidak membantu Naning untuk menghadapi Inggeris.

Namun apa yang menarik mengikut sumber tempatan terdapat beberapa cerita menarik mengenai Datuk Dol Said antaranya angkatan perang Naning yang dipimpin oleh Dol Said turut disertai oleh sejenis serangga serupa penyengat yang membantu melumpuhkan strategi Tentera Inggeris.

Sayid Syaban, sekutu Inggeris dan pemimpin Rembau yang belot itu telah membocorkan rahsia pertahanan Kota Taboh (ibunegeri Naning) dengan memberitahu orang Inggeris supaya menaburkan tulang anjing dan babi di sempadan masuk Naning agar segala keampuhan ilmu Dol Said tidak menjadi.

Ada pula yang mengatakan bahawa angkatan perang Naning ketika bukan berperang menggunakan keris atau tombak namun menggunakan senapang juga. Ini diakatakan berikutan orang Naning sebelum ini telah dilatih oleh Belanda untuk menjaga ladang-ladang milik Belanda di sekitar Naning.

Namun bagi orang Rembau pula, mungkin catatan yang ada di SINI mungkin sedikit sebanyak melegakan berikutan telah dicatatkan di dalam buku-buku sejarah bahawa pemimpin dari Rembau lah yang belot membantu Inggeris menjajah Naning.





Memang masih ada beberapa misteri yang masih belum terungkai di sini. Sesiapa yang mempunyai jawapannya mungkin boleh berkongsi. Bagi yang ingin melawat Makam Dol Said, makam tersebut berada tidak jauh dari Tol Alor Gajah dan amat mudah untuk dijumpai.